Kerjaya lakonan Will Smith dilihat terus menjunam sebulan selepas insiden Oscar 2022 yang menggemparkan dunia.
Selepas disingkirkan daripada Akademi, disenarai hitam daripada Oscar selama satu dekad dan pembatalan beberapa filem, malang terus menimpa Will apabila dua lagi projeknya bakal menerima nasib yang sama.
Platform penstriman Netlix secara rasminya telah membatalkan produksi Bright 2, sekuel filem Bright tahun 2017 yang diarahkan oleh sutradara David Ayer dan dibintangi oleh bapa kepada tiga cahaya mata itu.