Will menerajui Bright sebagai seorang detektif LAPD yang bekerja di kawasan seakan Los Angeles di mana manusia tinggal bersama makhluk mistik. Dia dijangka menghidupkan semula wataknya dalam filem tersebut.
Sekuel itu diumumkan pada Januari 2018, hanya sebulan selepas tayangan filem pertama dan pra-produksi telah pun dilakukan sejak itu. Kini ia tidak lagi diteruskan.
Satu sumber memberitahu Bloomberg ia tiada kaitan dengan insiden buruk yang berlaku di pentas Oscar, namun sukar untuk mempercayai alasan itu memandangkan persiapan sekuel telah pun dibuat selama bertahun-tahun dan ia dibatalkan secara tiba-tiba.