Selain Netflix, National Geographic turut menunda produksi Pole To Pole, siri yang bakal mengikuti penjelajahan Will sejauh 26,000 batu dari Kutub Selatan ke Kutub Utara. Ini merupakan kerjasama ketiga pelakon itu dengan National Geographic selepas One Strange Rock dan Welcome To Earth.
Ia dijadual memulakan penggambaran dalam masa tiga minggu, bagaimanapun produksi kini telah ditangguhkan ke musim luruh disebabkan kontroversi Oscar, menurut Bloomberg.
Adakah kehilangan pendapatan dan populariti memberi kesan negatif kepada selebriti terkenal berstatus jutawan ini? Ia nyata tidak memberi impak besar terhadapnya yang memiliki nilai kekayaan berjumlah RM1.5 bilion, dan jelas, dunia tidak akan berhenti bercakap mengenainya dalam masa terdekat.
Foto: Getty Images
Baca: Foto Tular Nicole Kidman Tiada Kaitan Dengan Insiden Oscar Will Smith-Chris Rock?