Julai tahun lalu Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung Hyun tidak menunjukkan sebarang penyesalan malah menuding jari kepada orang lain atas kesalahan yang dilakukannya sehingga berjaya mengutip keuntungan besar.
Namun selepas membuat rayuan dan mengaku bersalah atas kesalahan penyelewengan polisi tukaran asing pada bulan Oktober, Mahkamah Tinggi Angkatan Tentera Korea Selatan membuat keputusan untuk meringankan hukumannya beberapa hari lalu.
Atas penyesalan yang ditunjukkan, hukuman penjara penyanyi itu dikurangkan dari tiga tahun menjadi setahun enam bulan, sekali gus mengundang kemarahan rakyat.