Drama Inggeris paling popular di Netflix, Bridgerton disahkan akan muncul dengan musim ketiga namun menyimpang daripada turutan cerita asal.
Sewaktu menghadiri acara FYSEE Netflix Ahad lalu, Nicola Coughlan yang menggalas peranan sebagai Penelope Featherington (a.k.a Lady Whistledown) mendedahkan musim ketiga akan memberi tumpuan pada kisah cintanya bersama Colin Bridgerton lakonan Luke Newton.
“Sama seperti Lady Whistledown, saya telah menyimpan rahsia ini sejak sekian lama dan kini saya boleh mengesahkan kepada anda semua bahawa musim ketiga berkisar tentang kisah cinta Colin dan Penelope.
“Saya merahsiakan perkara ini sejak minggu kedua Bridgerton musim lalu. Ini merupakan kali pertama saya mendedahkannya kepada umum,” katanya.