Dalam satu temu bual bersama majalah Variety, penerbit eksekutif baharu, Jess Brownell – yang mengambil alih kerusi Chris Van Dusen – menjelaskan sebab mengapa dia menampilkan turutan cerita yang berbeza.
“Saya benar-benar berasakan sekarang adalah masa yang tepat untuk Colin dan Penelope. Oleh kerana kita telah menonton kedua-dua pelakon ini sejak musim pertama, kita mengetahui serba sedikit mengenai diri mereka.”
Jelasnya ini bukanlah kali pertama siri Bridgerton menyimpang daripada karya asal. Selain memberi masa siaran kepada semua adik-beradik Bridgerton, satu lagi perubahan penting dalam kedua-dua musim adalah pemilihan pelakon tanpa mengambil kira perbezaan etnik, warna kulit, bentuk badan mahupun jantina.
Untuk musim kedua yang disiarkan Mac lalu, watak Kate dan adiknya Edwina (Charithra Chandran) dilakonkan oleh pelakon India dan peranan mereka menambah konteks budaya dalam siri tersebut.
Foto: Netflix
Baca: Drama Baru Netflix Ini Berjaya Mengatasi Populariti Bridgerton