Menurut perjanjian itu, Nicole perlu bertindak sebagai rakan kongsi aktif dan membuat 45 persembahan secara langsung dari tahun 2019. Dia dikatakan akan menerima 49 peratus saham dan keuntungan PCD Worldwide – satu projek kerjasama terbaharu The Pussycat Dolls, manakala selebihnya milik Antin.
Konsert jelajah itu bagaimanapun terpaksa ditunda apabila pandemik Covid-19 melanda.
“Sebelum bermulanya konsert seperti yang telah dijadualkan, pandemik global muncul dan meletakkan noktah pada aktiviti muzik. Tiada pilihan lain selain menangguhkan konsert ini sehingga situasi kembali selamat,” menurut tuntutan itu.