Sebelum ini Nicole telah banyak kali membuat kenyataan bahawa kejayaan The Pussycat Dolls datangnya daripada dirinya sebagai penyanyi utama dan penulis lagu.
Disebabkan itu, dia menetapkan syarat baharu dengan alasan “perkembangan jenama peribadi dan peluang kerjaya yang terpaksa dilepaskannya” untuk menyertai konsert tersebut.
Namun apabila syarat-syarat tersebut ditolak, dia bertindak menarik diri. Jelas Antin, kini dia hanya mahu menuntut kerugian wang ringgit termasuk keuntungan yang sepatutnya diperolehinya.
Foto: Getty Images