Ian Somerhalder Dan Nikki Reed Umum Kehamilan
Januari lalu, pasangan itu mendedahkan bahawa ahli keluarga mereka akan bertambah sedikit masa lagi. Ian Somerhalder berkongsi foto Nikki Reed mendukung anak sulung mereka, Bodhi Soleil sambil memegang perutnya yang semakin membesar.
“Apa yang saya inginkan sejak kecil adalah untuk mempunyai keluarga yang besar. Terima kasih Nik kerana mengurniakan saya anugerah itu. PUSINGAN KEDUA, AYUH!!! Terima kasih tidak terhingga kepada manusia luar biasa ini atas anugerah kehidupan dan kasih sayang, kerana menjadi ibu paling luar biasa dan bekerja keras untuk merealisasikan impian! Sewaktu merakam foto ini, saya tidak percaya apa yang saya lihat melalui skrin. Tiada apa yang lebih indah daripada ini.”
Pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan pada 2017 — walaupun Nikki Reed pernah mengakui tidak pasti mahu membesarkan keluarga atau tidak. “Saya tidak tahu sama ada saya mahukan anak atau sebaliknya. Sememangnya saya sukakan kanak-kanak tetapi tidak pasti sama ada saya perlu menjadi ibu atau tidak. Saya benar-benar tidak tahu,” katanya dalam podcast Informed Pregnancy tidak lama selepas kelahiran Bodhi. Ian Somerhalder kemudian mendedahkan dia membuang semua pil perancang Nikki Reed tanpa pengetahuan isterinya dalam usaha untuk memiliki sebuah keluarga besar yang diidamkannya.