Perkenalan hanya lapan bulan, selebriti Noor Nabila dan pasangannya, Engku Emran selamat bernikah pada Jumaat 18 Mac dengan sekali lafaz.
Melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat kedua mempelai di sebuah Masjid At Taqwa di Taman Tun Dr Ismail, jam 10.02 pagi, Noor Nabila yang juga kakak kepada usahawan Neelofa selain Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd, memilih hari bahagianya bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46 pada hari Jumaat 18 Mac.
Dinikahkah oleh adik mereka, Mohamed Aqief Mohd Noor dengan hanya sekali lafaz, Engku Emran menyerahkan sebentuk cincin kepada Noor Nabila Mohd Noor, 36, sebagai mas kahwin, tiada sebarang dulang hantaran diberi dan dibalas kedua-dua mereka.
Majlis pernikahan yang dihadiri oleh keluarga dan teman rapat kedua mempelai berjalan lancar seperti dirancang, serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Sebelum ini, bibit-bibit percintaan Noor Nabila dan Engku Emran menjadi teka teki netizen kerana sering memuat naik video aktiviti bersama malah sedondon memakai baju sukan berbasikal bersama. Memiliki minat yang sama dan serasi, membuatkan Engku Emran melamar Nabila dengan romantis dan ia mencuri perhatian warganet.
Berkenalan sekitar bulan Ogos 2020 tahun lepas, Nabila menerima lamaran “Nikoh Jom” kepada Engku Emran saat dilamat di belon udara panas. Menerusi perkongsian video dimuat naik pemilik akaun @myballoonadventure di Instagram memaparkan Emran dan Nabila berada dalam belon udara panas.
Difahamkan kejutan melamar Nabila di atas belon panas itu adalah idea Emran dan adik Nabila, Athisha Khan. Tidak hanya melamar, Emran turut menampilkan penyanyi Ferhad yang mendendangkan beberapa lagu sewaktu pasangan itu menikmati sarapan.
Keduanya yang pernah melalui pengalaman berumah tangga sebanyak dua kali sebelum ini, telah menjadikan mereka berdua bersikap lebih matang dan tahu apa yang diinginkan sebagai pasangan hidup. Nabila dan Engku Emran bersama anak-anak mereka, Jebat dan Areesya hasil daripada perkahwinan sebelum ini, inginkan yang terbaik dan akan sentiasa ada untuk satu sama lain.
Artikel berkaitan, Katy Perry & Orlando Bloom Dilaporkan Telah Berkahwin Secara Rahsia