Selamat diijab kabulkan dengan dua kali lafaz pada sebuah majlis pernikahan secara tertutup pada 30 Mac lalu, Nora Danish dan suami, Nedim Nazri adakan majlis doa selamat sempena meraikan perkahwinan mereka.
Majlis yang bertemakan putih tersebut diadakan dengan dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat mereka. Boleh dilihat menerusi akaun Instagram milik Nora, pelakon ini tampil serba putih dan manis ayu mengenakan selendang putih.
Rata-rata peminat Nora terpegun melihat penampilan Nora di majlis terserbut. Bahkan, ramai yang menghantar komen positif melihat gaya tudung Nora.
Yang menjadi perhatian ramai juga adalah sekeping gambar yang dimuat naik oleh Nedim di laman Instagramnya.
Kapsyen yang tertulis pada gambar tersebut nyata menunjukkan yang Nedim mahu memberikan yang terbaik buat isteri serta anak-anaknya.
Sebelum ini, Nedim turut pernah memuat naik sekeping gambar berserta kapsyen yang cukup menarik perhatian ramai yang bertulis “Dengan anugerah itu pada hari ini, kepada Nora Danish, isteriku, saya berjanji untuk menjadi suami yang bertanggungjawab seperti diimpikan dan mencintai kamu secara mutlak. Saya berjanji untuk membahagiakan kamu dan paling penting dengan restu Allah, insya-Allah saya akan membimbing kamu ke jannah.”