Akhirnya pasangan popular, Nora Danish dan Nedim Nazri bakal mengakhiri zaman bujang mereka pada hujung bulan ini.
Nora dan Nedim bakal melangsungkan majlis pernikahan pada 30 Mac ini secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan rapat sahaja.
“Selepas majlis itu selesai, saya akan kongsi semuanya. Tapi majlis ini adalah untuk ahli keluarga dan rakan sahaja,” katanya kepada Utusan Online.
Menurutnya, majlis tersebut bakal diadakan di Kuala Lumpur dengan tema tradisional. Persoalan yang ramai tertanya-tanya ini kini terjawab pabila Nora memaklumkan berita gembira pasangan ini.
EH! ucapkan tahniah buat Nora dan Nedim. Semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.