Nora Danish sememangnya sedang menghitung hari menuju ke hari bahagianya bersama Nedim Nazri.
Sebelum ini Nora sememangnya pernah menyatakan berkali-kali akan niatnya dan Nedim untuk bernikah. Kali ini, menerusi satu ruangan di dalam akhbar ada menyatakan yang mana Nora bakal bernikah pada hujung bulan Mac ini atau awal bulan hadapan dan jawapannya dari tuan punya budan ialah “Insya-Allah.”
Nora pernah memberitahu yang mana dia dan Nedim mahu melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun ini juga. Namun baginya dia tidak mahu berkongsi berita gembiara itu lebih awal kerana takut jika ia tidak menjadi kenyataan.
Ibu kepada Putera Rayqal ini juga pernah mengulas tentang perkahwinannya dan dia tidak mahu membazir dalam merancang majlis perkahwinan kali keduanya itu. Cukup sekadar melangsungkan majlis pernikahan sahaja.
“Siapa yang tidak mahu berkahwin? Saya sendiri sudah bertahun-tahun mengatakan ingin berkahwin. Kalau semuanya dipermudahkan, saya hanya mahu majlis akad nikah yang diadakan di rumah secara kecil-kecilan dan seringkas mungkin,” kata Nora.
Jika benar berita ini, semoga segala urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar buat Nora dan Nedim.