Gambar: Arkib EH!
Sebelum ini heboh di media sosial tentang perkhabaran perpisahan selebriti jelita ini dengan kekasihnya. Namun, baru-baru ini isu hubungan percintaan Nora Danish dan Nedim dipersoalkan oleh peminat apabila melihat gambar yang dimuat naik Nora ke dalam akaun Instagram miliknya bersama Bunga Citra Lestari, dan dalam masa yang sama Nedim pula memuat naik gambar bersama suami kepada Bunga iaitu Ashraf Sinclair. Ianya membuktikan bahawa kedua-dua mereka berada di tempat yang sama iaitu ketika bercuti di Bali.
Gambar: Instagram Nora Danish
Gambar: Instagram Ashraf Sinclair
Menurut laporan BH Online, Nora membuat pengakuan bahawa hubungan antara Nora dan Nedim sememangnya sudah berakhir. Namun, mereka masih lagi berhubung dan berkawan seperti biasa.
“Memang kami berpisah seperti dilaporkan seperti sebelum ini. Biar sudah putus kami tetap berkawan. Tapi kami berpisah sebenarnya bukan atas kerelaan. Cuma apabila gambar di Bali itu dimuat naik ada pula yang menganggap kami putus hanya sandiwara semata mata termasuk ada yang anggap kami menipu peminat. Apabila kejadian Bali itu berbangkit sekalipun daripada gambar kami dengan orang berbeza, tiada langsung saya nak sorok apa apa. Cuma saya tidak mahu ia mengelirukan peminat. Sebab itu saya tak pernah muat gambar dengannya berdua di laman sosial. Ikutkan selepas berpisah kami masih lepak bersama, cuma selesa biarkan ia low profile. Hidup saya selama ini pun penuh drama. Saya juga ada tanggungjawab kepada anak dan keluarga. Malah saya memperlahankan rentak seni beberapa bulan untuk memberi perhatian kepada bidang perniagaan dan mahu berehat,” ujarnya kepada BH Online.
Tambahnya lagi bahawa mereka berdua cuba untuk menyelesaikan segala permasalahan. Bahkan mereka berpisah atas sebab untuk menyelesaikan masalah yang berpunca dari orang lain. Nora juga menyatakan yang jika hubungan persahabatan dia dengan Nedim selepas ini membawa ke perkahwinan, jangan pula peminat terkejut. Kerana mereka berpisah bukan untuk mencari pengganti baru. Sejurus setelah putus, dikhabarkan ada ramai teman dan bekas kekasih aktres jelita ini yang cuba mendekatinya kembali bersama tetapi tidak diendahkannya. Mungkinkah masih ada peluang untuk Nedim kembali bertakhta dihatinya?