Pasti anda tertanya-tanya mengapa Nora Danish menjadi pilihan kami sebagai penghias kulit edisi perkahwinan EH! pada kali ini sedangkan ramai lagi selebriti yang masih single dan merancang untuk berkahwin. Bagi kami, apa salahnya Nora mengambil berkat mengenakan persalinan pengantin daripada butik Innai kerana dia telah bersedia untuk memberi perkahwinan peluang kedua!
JOSIAH HOGAN KAHWIN KALI KEDUA >>
IZZUE ISLAM KAHWIN PENGURUS SENDIRI >>
Nora yang tiba di Lenswork Studio bersama dengan anaknya kelihatan teruja dengan setiap persalinan yang kami sediakan. Ketika disolek oleh Khir, Nora bercerita pengalaman perkahwinan pertamanya yang mematangkan dirinya. Katanya sebelum ini dia menganggap perkahwinan adalah sesuatu yang mudah tetapi dia silap.
FOUZIAH GOUS SELAMAT BERTUNANG >>
YASMIN HANI DAN NURUL MENGANDUNG >>
Baginya, tanpa persediaan daripada kedua-dua belah pihak, sesuatu perkahwinan tidak akan berjaya. Tanggungjawab seorang isteri juga lebih besar daripada apa yang dijangkanya sebelum ini. Menurut Nora, isteri harus banyak membaca buku agama untuk memahami tanggungjawab mereka yang sebenarnya. Sekiranya suami masih lagi mencari yang lain, isteri masih boleh merasa lega kerana telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Nora banyak belajar daripada perkahwinan pertamanya. Dia mengaku yang satu ketika dahulu dia ada salahnya dan ego kerana masih muda untuk berfikir panjang.
Anda boleh baca temu bual penuh Nora Danish bersama Khairul Abidin Ishak di dalam EH! edisi perkahwinan bulan Jun. Dan jika anda mahu tahu majlis perkahwinan idaman Nora Danish, jawapannya ada di dalam video Behind the Cover bersama Nora Danish di bawah ini.