Bakal terbang ke Tanah Suci dalam masa beberapa hari lagi, Nur Fathia teruja untuk menunaikan umrah buat kali pertama ini.
Bahkan katanya ia lebih bermakna kerana umrah ini ditemani ahli keluarga tercinta. Fathia memaklumkan kepada BH Online yang mana dia akan gunakan kesempatan yang ada di sana dengan sebaik mungkin dalam beribadah dan mendekatkan diri kepadaNya.
Baru-baru ini, Fathia telah pun dihentam teruk dengan pengikut-pengikutnya di media sosial akan tindakannya yang memuat naik gambar seorang pramugari di laman Twitter nya atas sebab pramugari tersebut menolak permintaan Fathia untuk mengangkatkan begnya ke ruang simpanan barang di dalam kapal terbang.
Post berkenaan kemudiannya menjadi viral dek kerana menerusi gambar tersebut, Fathia turut menulis status seakan sindiran terhadap petugas tersebut. Ramai yang beranggapan yang Fathia seorang artis yang melampau dan diva dek hanya bergelar selebriti dan mahukan layanan kelas atasan.
Namun bagi Fathia kejadian tersebut sebenarnya adalah satu ujian buat dirinya supaya dia kekal istiqamah.
“Allah menguji kesabaran saya. Sebagai manusia ada kalanya saya tidak mampu mengawal perasaan. Namun setiap kejadian sebagai pengajaran untuk mematangkan diri. Namun di sebalik berdepan dugaan silih berganti, saya semakin tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke sana menjalani beribadah. Lebih istimewa kerana seluruh keluarga turut serta. Bagi saya, mahu menjadi baik bukan senang. Beristiqamah selepas bertudung pun bukan perkara mudah. Apa pun dalam hidup ini kita pasti akan terjatuh dan perlu lekas bangun ,” katanya.