Album Olivia Rodrigo, Sour menjadi salah satu album paling popular tahun ini dengan lagu-lagu hebat seperti Drivers License dan Good 4 U.
Namun, bukan semua orang gembira melihat perkembangan kerjaya Olivia dalam industri muzik.
Penyanyi utama kumpulan Hole, Courtney Love mendakwa bintang High School Musical: The Musical: The Series itu mencuri konsep kulit albumnya, Live Through This yang diterbitkan pada 1994.
Courtney berkongsi foto Olivia di media sosial berserta kapsyen, “Cari perbezaannya! #twinning! dan turut meletakan tag nama penyanyi itu.