Respons itu membuatkan peminat tertanya-tanya, adakah dia menantikan permohonan maaf daripada Olivia? Walaupun kelihatan tenang, dia dilihat melepaskan kemarahan di Facebook dan menyelar tindakan penyanyi berusia 18 tahun itu sebagai biadab.
Walaupun ini bukanlah kali pertama hasil kerjanya diciplak, Courtney menegaskan apa yang diutamakannya adalah adab sopan.
“Mencuri idea asal seseorang tanpa meminta kebenaran adalah satu tindakan biadab,” tulisnya di ruangan komen.