“Tiada apa yang perlu dibanggakan mengenainya. Saya tidak marah, saya sudah melaluinya berkali-kali dan biasanya saya hanya berdiam diri. Tetapi ini satu tindakan yang teruk. Muziknya tiada kaitan langsung dengan kehidupan saya. Ia biadab dan saya berhak mempertahankan hasil kerja saya,” tulisnya.
Courtney turut menyelar Disney di ruangan komen. “Saya telah memaklumkan Olivia mengenai perkara ini. Saya menantikan jambangan bunga dan nota panjang lebar daripadanya. Adakah Disney mengajar kanak-kanak membaca dan menulis? Hanya Tuhan yang tahu. Mari kita tunggu dan lihat,” sindirnya.
Foto: Stefan Kohli/Vogue
Baca: Lorde Umum Album Baharu, Kembali Dengan ‘Solar Power’ Selepas Empat Tahun