Olivia Wilde dan Jason Sudeikis, yang mula dating pada tahun 2011, bertunang selama tujuh tahun dan telah memutuskan hubungan mereka baru-baru ini menurut beberapa laporan berita.
Pertama, People melaporkan perpisahan mereka pada hari Jumaat, tanpa menyebut nama sumbernya. E! News dan Us Weekly juga turut mengesahkan berita perpisahan mereka. Hingga ke saat ini, punca perpisahan masih lagi tidak jelas.
“It’s been amicable and they’ve transitioned into a great co-parenting routine. Anak-anak adalah keutamaan dan nadi hubungan keluarga,” kata sumber itu. Begitu ramai selebriti memutuskan hubungan di kala pandemik menyerang dunia. Wilde dan Sudeikis tidak terkecuali.
Artikel berkenaan :5 Perkahwinan Selebriti Hollywood Yang Paling Singkat
Kerjaya Jason dan Olivia telah mencapai kejayaan besar pada tahun lalu, dengan pelbagai peranan membawa mereka ke kota yang berlainan di seluruh dunia. Baru-baru ini, Olivia mula menjalani penggambaran Don’t Worry Darling yang dinanti-nantikan, dibintangi oleh Florence Pugh dan Harry Styles. Sementara itu, Jason sedang berusaha keras untuk memulakan produksi untuk musim kedua siri Apple + Ted Lasso.
Namun, kedua-dua projek mereka terpaksa ditangguhkan kerana wabak koronavirus.
Wilde, yang membintangi “Richard Jewell” dan mengarahkan “Booksmart,” dan bekas bintang “Saturday Night Live” Sudeikis (“Ted Lasso”), dikurniakan dua anak – anak lelaki Otis, 6, dan anak perempuan Daisy, 4.
Baca tentang Olivia Wilde di sini