Baru-baru ini pelantun lagu Shape Of You, Ed Sheeran mengumumkan kolaborasinya bersama kumpulan K-Pop paling popular, BTS.
Ini merupakan kali kedua Sheeran menjalin kerjasama dengan Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkok. Pada 2019, dia menjadi penulis bersama lagu Make It Right yang dimuatkan dalam album mini Map of the Soul: Persona.
Ketika mempromosikan lagu baharunya, Bad Habits dalam rancangan Most Requested Live minggu lalu, Sheeran mendedahkan dia baru selesai menulis lagu baharu buat album BTS yang akan datang.
“Saya pernah bekerja dengan BTS untuk album sebelum ini, dan saya baru sahaja menulis lagu baru untuk album mereka. Dan mereka merupakan anak muda yang super, super cool,” katanya.