“What doesn’t kill you makes you stronger,” dan itulah yang terjadi kepada pelakon Inggeris, Orlando Bloom.
Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia baru-baru ini, Orlando berkongsi pengalaman paling pahit yang membuatkan dirinya terjerumus dalam kegelapan mental.
Bintang Pirates of the Caribbean itu merujuk kepada kemalangan ngeri yang menimpanya sewaktu remaja sehingga menyebabkan dirinya hampir lumpuh.