“Ketika berusia 19 tahun, saya jatuh dari tingkap tingkat tiga dan patah tulang belakang. Saya amat bernasib baik kerana terselamat disebabkan saraf tunjang saya tidak terjejas.
“Pada empat hari pertama, saya diberitahu yang saya mungkin tidak akan dapat berjalan semula,” kata duta muhibah antarabangsa untuk UNICEF itu dalam satu video yang dikongsikan di Instagram.
Tambahnya, ia merupakan permulaan kepada perjalanan panjang dan menyakitkan untuk mengenali dan memahami corak kesihatan mentalnya yang menyebabkan dirinya terlibat dalam beberapa kemalangan.