“Kemuncaknya adalah apabila saya patah tulang belakang, iaitu pengalaman hampir mati,” ujar tunang kepada penyanyi Katy Perry itu.
Orlando menjalani pembedahan tulang belakang sebelum memulakan rawatan pemulihan yang rumit termasuk memakai pendakap tulang belakang.
“Apa yang boleh saya katakan, beberapa bulan selepas kemalangan adalah saat paling gelap buat saya. Sebagai seorang anak muda yang sangat aktif, saya berasakan diri tersekat secara tiba-tiba dan bergelut dengan kesakitan yang amat teruk,” tambahnya.