Bapa kepada dua cahaya mata itu pernah berkongsi kemalangan ngeri yang menimpanya di Instagram tahun lalu, menggelarnya sebagai pengalaman ‘selisih maut’.
Dia memuat naik sekeping foto dirinya sedang menunggang basikal berserta kapsyen yang memperincikan kemalangan dan proses pemulihannya.
“Ini adalah saya dalam pendakap tubuh pada tahun 1998, sekitar tiga bulan selepas terjatuh dari tingkat tiga dan patah tulang belakang, terselamat daripada maut dan lumpuh. Saya bersyukur setiap hari kerana masih mampu melangkaui had batas diri dan mengatasi cabaran hidup dengan sebaiknya.”
Baca: Aksi Nakal Orlando Bloom Di Tepi Tasik Mengundang Perbualan Hangat