Priyanka Chopra mengejutkan peminat Januari lalu apabila mengumumkan status terbaharunya sebagai ibu.
Puterinya yang ditimang melalui khidmat ibu tumpang dilahirkan pramatang sekitar usia kandungan 27 minggu dan terpaksa ditahan di hospital untuk satu tempoh masa bagi pemantauan rapi, menurut sumber terdekat dengan Priyanka.
Sejak tiga bulan lalu, bintang Bajirao Mastani itu dan suaminya, Nick Jonas telah melakukan segalanya untuk memastikan perjalanan baharu mereka sebagai ibu bapa dilalui dalam keadaan penuh privasi.