Pasangan itu dilihat mengunci mulut mengenai segalanya yang berkaitan dengan cahaya mata mereka sehinggalah baru-baru ini apabila Priyanka terbuka berkongsi pandangannya sebagai ibu menerusi satu perbualan dengan pelawak Canada dan personaliti YouTube popular, Lily Singh.
“Saya tidak akan menerapkan keinganan saya, ketakutan dan cara didikan yang saya lalui kepada anak saya. Saya sentiasa percaya anak-anak datang melalui anda, bukan daripada anda.
“Tiada kepercayaan bahawa anda sebagai ibu bapa perlu membentuk segalanya mengenai diri mereka. Anak-anak datang melalui anda untuk mencari dan membina kehidupan mereka sendiri. Menyedari perkara ini amat membantu saya,” katanya.