Tanggal 22 Januari lalu, Priyanka dan Nick berkongsi khabar gembira mengenai kelahiran anak perempuan mereka menerusi satu hantaran di Instagram.
“Dengan sukacita ingin dimaklumkan bahawa kami telah menimang cahaya mata sulung menerusi khidmat ibu tumpang. Kami dengan segala hormat memohon privasi pada waktu istimewa ini untuk memberi tumpuan kepada keluarga kami.”
Dilaporkan ibu Priyanka, Madhu Chopra juga masih belum berkesempatan bertemu cucu pertamanya sehingga kini.
Foto: Instagram
Baca: 8 Selebriti Yang Menggunakan Khidmat Ibu Tumpang Selain Priyanka Chopra