Bintang Korea, Park Seo Joon bakal melakar nama di Hollywood menerusi filem popular yang menjadi kegilaan peminat.
Menurut agensi pengurusan, Park Seo Joon telah pun berangkat dari Korea Selatan minggu lalu untuk memulakan penggambaran filem terbaharu, The Marvels.
Ia merupakan sekuel kepada filem pecah panggung 2019, Captain Marvel yang membariskan pelakon hebat antaranya Brie Larson dan Samuel L. Jackson.