Filem itu akan diarahkan oleh Nia DaCosta yang pernah menjadi sutradara beberapa filem terkenal antaranya Little Woods (2018), Ghost Tape (2020) dan Candyman (2021).
Brie Larson, Samuel L. Jackson dan Jude Law akan kembali membintangi The Marvels di samping Randall Park, Cobie Smulders, Teyonah Parris dan Shamier Anderson.
Seo Joon terjun dalam bidang lakonan pada 2011 namun menjadi sebutan peminat K-Drama seluruh dunia selepas membintangi drama komedi romantik What’s Wrong With Secretary Kim dan Itaewon Class.
Dia juga membuat penampilan istimewa sebagai Min, rakan kepada watak utama Ki-woo (dimainkan oleh Choi Woo Sik) dalam filem Parasite (2019). Filem arahan sutradara terkenal, Bong Joon Ho itu berjaya membawa pulang anugerah Oscar tahun lalu.
Foto: W Korea
Baca: Park Seo Joon Akui Seronok Berlakon Dengan Lee Kwang Soo