Empat bulan berumah tangga, Park Shin Hye selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 31 Mei 2022.
Khabar gembira itu dikongsi oleh agensi pengurusan Salt Entertainment yang turut memaklumkan keadaan terkini Park Shin Hye dan bayinya.
“Kami ingin berkongsi satu berita gembira bahawa Park Shin Hye telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang sihat di sebuah hospital di Seoul hari ini (31 Mei).
“Kedua-duanya berada dalam keadaan baik. Dia kini sedang berehat di samping suaminya, pelakon Choi Tae Joon dan rakan-rakannya,” tulis agensi itu menerusi satu kenyataan rasmi.