Park Shin Hye dan Choi Tae Joon mula menjalin cinta pada 2017 namun perhubungan mereka hanya didedahkan kepada peminat setahun kemudian.
Mereka disatukan dalam satu majlis perkahwinan intim yang berlangsung di Seoul pada 22 Januari lalu sambil dikelilingi ahli keluarga dan rakan selebriti.
Bintang berusia 32 tahun itu mencuri perhatian ramai apabila menyarung bukan satu atau dua, tetapi empat gaun pengantin elegan berperincian flora serta renda rekaan pereka terkenal dunia, Oscar de la Renta dan Monique Lhuillier termasuk untuk sesi fotografi pra-perkahwinan.
Foto: CNN
Baca: Bakal Bergelar Isteri, Kad Undangan Perkahwinan Park Shin Hye Dipuji Peminat