Penantian peminat untuk melihat pasangan serasi, Hyun Bin dan Son Ye Jin bersatu di alam realiti bakal menjadi kenyataan.
Hyun Bin membuat pengumuman bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi menerusi akaun Instagram agensinya, Vast Entertainment.
Menerusi hantaran yang dimuat naik semalam, pelakon berusia 40 tahun itu mengakui ia merupakan keputusan paling penting dalam hidupnya.
Foto: Instagram