“Saya menulis hantaran ini kerana mahu peminat yang selama ini memberi sokongan padu menjadi yang pertama untuk tahu keputusan terpenting dalam hidup saya.
“Mungkin ramai antara anda yang telah berjaya meneka. Ya, ia benar. Saya sudah membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang dan melangkah ke fasa seterusnya dalam hidup saya.
“Saya sudah berjanji dengan wanita yang sering membuat saya tertawa (Son Ye Jin) untuk sentiasa berjalan seiring pada hari mendatang. ‘Jung Hyuk’ dan ‘Se Ri’ dalam drama Crash Landing On You akan mengambil langkah pertama bersama di masa hadapan.
“Saya percaya anda semua turut bergembira dan meraikan langkah pertama kami dengan kasih sayang dan sokongan sama yang anda tunjukkan kepada kami selama ini,” tulisnya.