Hyun Bin dan Son Ye Jin mula menjalin persahabatan sejak sama-sama berlakon dalam filem The Negotiation yang ditayangkan pada 2018.
Perhubungan mereka semakin erat ketika membintangi drama Crash Landing On You dan bercambah menjadi cinta usai tamat penggambaran. Percintaan mereka disahkan oleh agensi pengurusan masing-masing pada Januari 2021.
Vast Entertainment mengesahkan pasangan itu akan bergelar suami isteri pada bulan Mac 2022 di Seoul, Korea Selatan. Disebabkan pandemik Covid-19, majlis perkahwinan mereka akan berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat.
Foto: Soompi
Baca: Peminat Teruja, Hyun Bin dan Son Ye-Jin Akhirnya Bercinta