Usah melihat pada pasangan ibu dan anak dari kalangan selebriti Hollywood sahaja kerana apa kurangnya pasangan ibu anak selebriti Malaysia.
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kata-kata itu acap kali didengar sebagai tanda juga peringatan kepada kita semua akan pengorbanan ibu yang telah melahir juga membesarkan serta mendidik kita.
Dan dalam kelompok selebriti kita juga ramai yang sudah bergelar ibu. Mereka kini menggalas pelbagai tanggungjawab, sama seperti ibu bekerjaya yang lain. Malah sebahagian selebriti kita memperlahankan langkah mereka dalam kerjaya sebagai satu pengorbanan dalam memberikan tumpuan juga perhatian kepada keluarga khususnya anak-anak mereka.
Siapa di antara bintang terkenal tanah air yang kami gelar hot mama? Klik seterusnya.