Selepas tujuh tahun bersama dan dua tahun bergelar suami isteri, aktres terkenal Jennifer Anniston dan suami Justin Theroux akhirnya mengakhiri perkahwinan mereka pada awal tahun ini. Keputusan dibuat dengan persetujuan kedua-dua belah pihak. Mereka juga tekad untuk mengekalkan hubungan positif sebagai teman sahaja.