Selain menempa populariti kisah cinta yang bahagia, perpisahan antara selebriti juga sudah biasa didengari setiap tahun. Sesetengah perpisahan itu berlaku secara umum dan penuh dengan drama, atau secara privasi menunjukkan betapa profesional mereka menghadapi situasi itu. Kami kongsikan pasangan selebriti Hollywood yang memutuskan untuk berpisah pada 2024.
Hidup bahagia selamanya adalah pengakhiran buku cerita yang tidak selalu menjadi jaminan di Hollywood. Amat menyakitkan apabila pasangan selebriti kesukaan kita berpisah. Mungkin kita jauh dengan mereka, tetapi itu tidak bermakna kita tidak merasakan kesedihan apabila mereka mengalami perpisahan yang mengejutkan.
Sudah hampir pengakhiran tahun 2024, kita telah melihat gelombang perpisahan para selebriti. Siapa sangka, pasangan yang kita lihat secocok dan bahagia pada tontonan umum itu akhirnya putus di pertengahan jalan. Setiap tahun juga kita dapat lihat ramai selebriti yang baru hendak mula bercinta dan ramai juga di sebaliknya. EH! himpunkan pasangan selebriti yang sudah berpisah pada tahun 2024.
Disember: Sabrina Carpenter dan Barry Keoghan
Pasangan terkenal, Sabrina Carpenter dan Barry Keoghan, dilaporkan telah berpisah selepas timbulnya dakwaan kecurangan oleh pelakon tersebut.
“Mereka berdua masih muda dan fokus pada kerjaya, jadi mereka memutuskan untuk mengambil masa sejenak,” kongsi media ‘PEOPLE’.
Khabar angin mengenai perpisahan mereka semakin hangat apabila dakwaan kecurangan muncul, dengan spekulasi bahawa Barry berlaku curang terhadap Sabrina bersama seorang influencer TikTok, Brekkie Hill.
Oktober: Andrew Garfield dan Dr. Kate Tomas
Andrew Garfield dan teman wanitanya, Dr. Kate Tomas, dilaporkan telah berpisah. Kate mengesahkan berita ini melalui Instagram pada 11 Oktober, selepas seorang peminat bertanya di ruangan komen salah satu posting terbaharunya sama ada dia masih bersama bintang Amazing Spider-Man itu.
“Kami telah berpisah beberapa bulan yang lalu,” balasnya ringkas. Pasangan ini mula mencetuskan khabar angin percintaan pada Mac apabila mereka dilihat mesra semasa makan malam di Malibu, California.
Ogos: Jennifer Lopez dan Ben Affleck
Jennifer Lopez telah memfailkan penceraian daripada Ben Affleck selepas hanya dua tahun berkahwin, pada ulang tahun perkahwinan kedua mereka di Georgia. Penyanyi terkenal itu secara rasmi memfailkan penceraian pada 20 Ogos dan menyatakan tarikh perpisahan mereka sebagai 26 April.
Berita ini muncul selepas berbulan-bulan spekulasi bahawa pasangan tersebut menjalani kehidupan berasingan. Ini merupakan peluang kedua mereka dalam percintaan, selepas asalnya bertunang pada tahun 2002.
Julai: Madelyn Cline dan Pete Davidson
Selepas hampir setahun menjalinkan hubungan, seorang sumber mendedahkan bahawa hubungan Madelyn Cline dan Pete Davidson telah “pudar.”
“Mereka berpisah baru-baru ini, dan saya difahamkan perpisahan itu berlaku secara baik,” kata sumber tersebut kepada media ‘The Sun’.
Jun: Joe Jonas dan Stormi Bree
Pasangan ini telah mengakhiri hubungan mereka selepas hanya empat bulan bersama.
Mei: Taylor Russell dan Harry Styles
Selamat tinggal, Haylor 2.0. Walaupun Taylor Russell dan Harry Styles telah bersama selama setahun dua bulan, pasangan selebriti ini akhirnya berpisah. Pasangan ini melakukan perjalanan “penentu” ke Tokyo pada April 2024, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah pada bulan berikutnya.
Seorang sumber memberitahu media UK, “Harry berada di Amerika manakala Taylor di London. Mereka pasangan yang indah, dan jelas Taylor membuat Harry bahagia. Namun, hubungan mereka menjadi tegang baru-baru ini, dan mereka memutuskan untuk mengambil masa berjauhan.”
Mei: Britney Spears dan Sam Asghari
Walaupun Britney Spears dan Sam Asghari memfailkan penceraian pada Ogos 2023, ia dilaporkan berakhir pada Mei 2024. Pasangan itu memfailkan Stipulated Judgment, yang membuatkan Sam tidak menerima apa-apa yang signifikan.
Bagi Britney, “Tidak banyak yang terlibat selain barang kemas dan barangan peribadi… serta pendapatan yang diperolehnya sebelum dan semasa perkahwinan mereka, terima kasih kepada perjanjian pranikah yang kukuh.”
Mac: Kim Kardashian dan Odell Beckham Jr.
Peminat membuat teori bahawa Odell adalah “Fred” yang Kim puji dalam The Kardashians. Walaupun tiada pengesahan dari kedua-duanya, mereka dilihat beberapa kali keluar bersama. Namun, mereka dilaporkan berpisah dua minggu selepas menghadiri Vanity Fair Oscars Party bersama-sama.
Mac: Natalie Portman dan Benjamin Millepied
Natalie secara senyap memfailkan penceraian daripada Benjamin pada Julai lalu, tetapi perpisahan mereka baru-baru ini disahkan secara rasmi.
Menurut laporan itu, wakil pelakon tersebut telah mengesahkan berita tersebut. “Ia pada awalnya sangat sukar untuknya, tetapi rakan-rakannya memberi sokongan dan membantu dia melalui saat-saat paling sukar,” dedah seorang rakan pasangan itu.
“Natalie telah melalui tahun yang sangat mencabar dan menyakitkan, tetapi dia kini keluar daripadanya dengan lebih kuat. Dia kini menemui kebahagiaan melalui keluarganya, rakan-rakan, dan kerjayanya,” tambah sumber itu.
Mac: KJ Apa dan Clara Berry
Clara mengesahkan perpisahannya dengan KJ melalui TikTok, sambil berkongsi pandangannya tentang pembahagian hak penjagaan.
“Saya rasa lebih baik mempunyai ibu bapa yang berpisah tetapi bahagia dan mampu menjadi versi terbaik diri mereka, daripada kekal bersama dalam situasi yang tidak berfungsi,” kongsi Clara.
Februari: Ellie Goulding dan Caspar Jopling
Ellie Goulding, dan orang seni Caspar Jopling mengumumkan perpisahan mereka selepas empat tahun berkahwin pada 23 Februari.
“Kami tetap menjadi sahabat baik dan berjaya menguruskan hak penjagaan anak kami dengan meletakkan kepentingan terbaiknya di hati,” tulis bintang pop itu di Instagram Story miliknya pada masa itu.
Dia menambah, “Kami komited untuk melindungi privasi keluarga kami dan berterima kasih kepada semua pihak yang menghormati permintaan ini – kami tidak akan memberikan sebarang komen lanjut. Terima kasih.”
Februari: Landon Barker dan Charli D’Amelio
Landon mengesahkan perpisahan mereka di Instagram, menulis, “Hai semua, saya ingin memberitahu anda semua bahawa Charli dan saya tidak lagi bersama. Kami berpisah untuk fokus pada diri kami sendiri. Kami masih berkawan dan saling mencintai.
Saya sangat berterima kasih atas masa yang kami kongsi dan berharap anda dapat menghormati keputusan kami. Terima kasih, saya sayang kalian semua!”
Baca: Fenomena Wicked, Ini 5 Fakta Menarik Disebalik Filem Terbaharu Ini