Berdasarkan pada kaji selidik yang kami jalankan di laman web ini tentang pasangan selebriti tempatan yang paling diminati oleh pembaca EH! adalah sangat menggalakkan. Jom EH! kongsikan dengan anda keputusannya.
Lisa Surihani dan Yusry – 34.48%
Seperti dapat dijangka pasangan ini bakal menjadi kegemaran pembaca EH!. Pasangan ini bernikah pada 23 Februari tahun lalu. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Yusry. Pasangan ini kelihatan sangat bahagia dan begitu mesra dengan peminat.
Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya – 29.66%
Pasangan yang sama cantik sama padan ini sama bernikah pada 4 Mei 2012. Pasangan ini hangat diperkatakan menjelang ke majlis perkahwinan mereka kerana Awal membuat kejutan dengan melamar Scha secara langsung menerusi rancangan Propaganza.
Vanidah Imran dan Rashidi Ishak – 24.83%
Pasangan yang sangat secocok ini sentiasa dianggap sebagai idola oleh peminatnya. Sikap professional mereka baik ketika sedang bekerja mahupun diluar waktu bekerja sangat menyenangkan. Vee dan suami pernah bergandingan dalam filem Untuk 3 Hari dan beberapa dialog didalam filem tersebut menjadi bualan hangat sehingga membabitkan campur tangan dari Mufti. Tetapi, semuanya kembali reda.
Farid Kamil dan Diana Danielle – 5.52%
Pernikahan yang berlangsung dalam keadaan yang sedikit tergesa-gesa pada 3 November 2013 lalu mencetuskan pelbagai kontroversi kepada pasangan ini. Walaubagaimanapun, Diana dan Farid yang sangat tenang menghadapi segala gossip dan kontroversi yang melanda tidak cepat melatah. Pasangan ini dikurniakan bayi lelaki kurang dari setahun usia perkahwinan mereka. Dari foto yang dikongsi di laman instagram Diana, bayi mereka kelihatan sangat comel!
Mizz Nina dan Noh Hujan – 5.52%
EH! tertarik dengan keikhlasan Noh ketika pertama kali berjumpa dengan bapa Mizz Nina sangat mencuit hati! Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Julai 2011. Mereka yang baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah Haji dan Mizz Nina tampil dengan imej baru yang mengundang reaksi positif dari peminatnya.