Christopher Lee & Fann Wong (Singapura)
Pasangan ini pernah digelar sebagai ‘Angelina Jolie dan Brad Pitt Singapura’, membuktikan betapa besarnya pegaruh mereka di Kota Singa. Selepas dua dekad bersama, perhubungan dilihat terus kukuh dengan ikatan perkahwinan dan seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 2014.
Fann bukan sahaja berjaya dalam dunia peragaan dan nyanyian tetapi juga bersinar di layar perak dengan memenangi pelbagai anugerah dan menjadi aktres Singapura pertama yang memegang peranan besar dalam filem Hollywood, Shanghai Knight. Dia merupakan antara pelakon wanita yang menerima bayaran tertinggi di negara itu dengan nilai kekayaan sebanyak RM120 juta.
Suaminya, Christopher yang merupakan warga Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Dia pernah mencipta sejarah dalam kerjaya lakonannya di Singapura dengan menjadi pelakon bukan warganegara pertama yang memenangi Star Awards dalam kategori 10 Artis Lelaki Paling Popular.
Penghujung tahun lalu, Christopher memanfaatkan hobi bermain golf menjadi perniagaan dengan melancarkan pakaian sukan, LMS. Ia dijangka akan membantu meningkatkan nilai kekayaannya sehingga RM21 juta.
Foto: AllKpop
Baca: 5 Pasangan Selebriti Ini Bertemu Cinta Melalui Kenalan