Selepas setahun diabadikan dalam bentuk patung marmar di Met Gala, Rihanna menerima satu lagi pengiktirafan istimewa – kali ini daripada Madame Tussauds.
Beberapa hari sebelum berlangsungnya Super Bowl LVII, muzium lilin tersohor itu mendedahkan patung Rihanna yang dinspirasikan daripada penampilan ikoniknya di karpet Met Gala 2018.
Pada acara bertemakan ‘Heavenly Bodies: Fashion and the Catholic Imagination’ itu, dia menyarung persalinan artisanal Maison Margiela yang terdiri daripada gaun mini dan kot labuh sarat perincian mutiara, batu berkilauan serta benang perak.