Penyanyi yang turut mengacarakan gala itu di samping Amal Clooney, Donatella Versace dan Anna Wintour menyempurnakan penampilannya dengan topi biskop sedondon daripada Stephen Jones Millinery.
Patung lilin Rihanna yang dipamerkan di bilik Glow Gala di muzium Madame Tussauds New York itu dilengkapi dengan lampu LED untuk memastikan ia ‘shines bright like a diamond’.
Ia mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan bagi memastikan setiap perincian adalah tepat dan sempurna. Barang kemasnya turut diukir dengan teliti termasuk cincin dan gelang kakinya, begitu juga rias kukunya yang berkilauan.