Muzium dan majalah fesyen terkenal itu menzahirkan satu idea hebat dengan mentranformasi sesi fotografi terkininya menjadi sebuah patung marmar luar biasa.
Memandangkan acara tahun ini bertemakan Gilded Glamor, patung itu direka bukan sahaja untuk memberi penghormatan kepada Rihanna tetapi juga dewi keamanan Yunani, Eirene.
Sementara itu, Vogue memperkenalkan patung legenda itu kepada dunia menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram berserta kapsyen ringkas.
“Patung ‘Eirene (Personifikasi Keamanan)’ selalunya merupakan dewi marmar berprofil tertinggi di galeri Greco-Roman @metmuseum. Tetapi kini kami mempunyai @badgalriri terus dari kulit majalah Vogue bulan ini.”