Nama Ezra Miller hangat diperkatakan sejak awal tahun ini setelah dilaporkan terlibat dalam beberapa jenayah.
Terbaharu, Ezra mengakui tidak bersalah atas pertuduhan pecah rumah yang dibicarakan secara maya di Mahkamah Tinggi Bennington di Vermont, Amerika Syarikat pada Isnin lalu.
Bintang The Flash itu yang didakwa melakukan kesalahan pecah rumah dan rompakan kecil berdepan hukuman penjara sehingga 26 tahun jika disabit bersalah atas kedua-dua pertuduhan.
Dia dituduh menceroboh sebuah kediaman di Stamford, Vermont pada 1 Mei lalu dan mencuri tiga botol minuman beralkohol sewaktu penghuni tidak berada di dalam rumah.