Pihak polis kemudiannya mendakwa pelakon berusia 30 tahun itu setelah mengambil beberapa keterangan dan melihat rakaman litar tertutup (CCTV) di kediaman tersebut.
“Hasil siasatan termasuk bukti rakaman CCTV dan keterangan saksi menjadi sebab Ezra Miller didakwa atas kesalahan pecah rumah yang ketika itu tidak berpenghuni,” jelas polis dalam satu kenyataan rasmi.
Bagi pertuduhan jenayah pecah rumah, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 25 tahun dan denda sebanyak RM4,716 manakala untuk rompakan kecil pula maksimum satu tahun penjara dan denda RM4,716.
Pertuduhan itu hanyalah satu daripada beberapa kontroversi dan isu undang-undang yang melibatkan Ezra dalam beberapa bulan kebelakangan ini.