April lalu dia ditahan pihak berkuasa kerana melakukan serangan tahap dua di Hawaii dengan membaling kerusi yang mengenai dahi seorang wanita.
Beberapa minggu sebelumnya, dia didakwa melakukan gangguan dan berkelakuan tidak senonoh di sebuah bar karaoke, juga di Hawaii.
Dia mengaku tidak bersalah atas tuduhan serangan dan perlu membayar denda sebanyak RM2,358 dan RM141 untuk kos mahkamah. Pertuduhan gangguan dan kelakuan tidak senonoh ke atasnya pula ditolak.
Ezra juga pernah dituduh mencekik seorang wanita di sebuah bar di Iceland dan mengganggu wanita lain di kediamannya di Berlin. Pada bulan Ogos, dia tampil membuat permohonan maaf atas kelakuan lampaunya dan mula menjalani rawatan kesihatan mental.
Baca: Masa Depan Ryan Grantham Sebagai Pelakon Musnah Sekelip Mata