Harry disenaraikan di halaman pucuk pimpinan syarikat sebagai ‘Prince Harry, the Duke of Sussex – Chief Impact Officer’. Namanya diletakkan di baris ketiga dalam senarai, selepas nama pengasas dan pengasas bersama syarikat tersebut.
Biografi Harry di laman web menggambarkannya sebagai ‘aktivis kemanusiaan, veteran tentera, penasihat kesihatan mental, dan pencinta alam sekitar’. Ia turut menyenaraikan kerja-kerja amal yang dilakukannya menerusi Yayasan Archewell miliknya.
Tidak dapat dipastikan berapakah pendapatan bulanan putera itu, namun pekerjaan ini merupakan salah satu cabang perniagaan yang diusahakan oleh Harry dan isterinya, Meghan Markle sejak meninggalkan Istana Buckingham awal tahun lalu.
BetterUp yang ditubuhkan pada 2013 menawarkan bimbingan, kaunseling dan program mentor buat para pekerja melalui panggilan telefon kepada lebih 300 perniagaan termasuk Chevron, Snap Inc dan Waner Media AT & T.
Bulan lalu syarikat ini memperoleh pendapatan sebanyak RM500 juta, meningkatkan nilainya kepada RM7 bilion.
Foto: Wenn
Baca: Hubungan Prince Harry Dan Prince William Semakin Parah