Siapa pelakon korea yang berjaya masuk dalam circle “Chungmuro” dan filem apa yang menyebabkan mereka “naik” dalam industri perfileman Korea Selatan?
Sebelum itu, jika anda tidak familiar dengan perkataan ini, anda perlu tahu bahawa “Chungmuro” merupakan gelaran untuk para pelakon berprestij di Korea Selatan atau dikenali sebagai pelakon filem elit dan dihormati atas sebab kerajinan, bakat, serta komitmen yang berterusan dalam industri. Perkataan “Chungmuro” datang dari nama jalan bersejarah di kawasan kejiranan Daerah Jung Seoul, Korea Selatan.
Apa Kaitan Sebatang Jalan Dengan Filem?
Secara ringkasnya, sejak tahun 1990-an, “Chungmuro” digunakan sebagai gelaran atau simbol bagi industri filem Korea Selatan. Ia sama seperti gelaran “Hollywood” untuk industri filem Amerika Syarikat.
Aktor Chungmuro Veteran
1. Hwang Jung Min
Hwang Jung Min juga dikenali sebagai seorang “penjamin box-office” dan ahli elit Kelab 100 Million Penonton Chungmuro, bermakna penonton terkumpul untuk filem yang dibintanginya telah melepasi 100 juta jualan tiket. Antara filem terkenalnya ialah “Veteran”, “12:12 The Day” “Hope” “The Wailing” dan banyak lagi.
Para peminat filem korea semestinya mengenali siapa Hwang Jung Min ini kerana dia telah membintangi banyak filem Korea Selatan yang terkenal.

2. Song Kang Ho
Siapa tak tahu Song Kang Ho si legend yang pernah membawakan watak si ayah (Kim Ki Taek) dalam filem “Parasite”. Selain itu, filem yang dimainkannya : “Memories of Murderer” juga menjadi filem thriller kegemaran penonton. Dia juga merupakan pemenang beberapa anugerah Pelakon Terbaik di majlis penghargaan yang berbeza.
3. Lee Jung Jae dan Jung Woo Sung
Bestie kesukaan para peminat filem Korea Selatan, Lee Jung Jae dan Jung Woo Sung. Mereka ibarat Brad Pitt dan Leonardo DiCaprio asia. Selain itu, mereka juga digelar sebagai “Cheongdam Couple” oleh peminat dan media Korea, kedua-duanya telah membina kerjaya yang sangat hebat secara individu.
Lee Jung Jae yang telah membintangi “Squid Game” siri 1, 2, 3 merupakan antara aktor termahal Korea Selatan. Antara filemnya yang terkenal ialah “Deliver Us From Evil”, “Il Mare” dan “Hunt”.
Jung Woo Sung terkenal dengan visualnya yang kacak dan bakatnya yang hebat. Antara filemnya yang menjadi kesukaan ramai ialah “12:12 The Day”,”Made in Korea”, dan “The King”.
4. Choi Min sik
Choi Min Sik terkenal dengan gaya lakonan yang beremosi, mendalam, dan bersungguh-sungguh, beliau kerap membawakan watak-watak yang kompleks serta penuh karisma.
Pelakon ini kembali dengan filem terbarunya, “The Intern”. Filemnya banyak menjadi tarikan dan perbualan antara peminat filem. Bagi peminat filem, dia merupakan pelakon yang versatile kerana kebanyakkan filemnya berjaya memuaskan penonton. Antara filemnya yang terkenal ialah “Old Boy”,”Nameless Gangster : Rules of The Time”, “I Saw The Devil” “Exhuma” dan juga filem antarabangsanya, “Lucy”.
5. Lee Byung Hun
Frontman dalam siri “Squid Game”, Lee Byung-hun ialah salah seorang pelakon paling berpengaruh dalam arena perfileman Korea Selatan dan dia terkenal dengan karisma yang kuat, karisma suara yang tersendiri, serta kepelbagaian watak, dia telah membintangi filem-filem hebat seperti “A Bittersweet Life”, “I Saw the Devil”, “Inside Men”, dan “Concrete Utopia”.
Penguasaan lakonannya yang mendalam membolehkannya meraih pelbagai anugerah utama, termasuk Anugerah Filem Blue Dragon dan Baeksang Arts. Dia juga berjaya menembusi Hollywood menerusi filem “G.I. Joe” dan “The Magnificent Seven“, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai ikon perfileman yang dihormati di peringkat antarabangsa.

6. Ju Ji Hoon
Antara aktor yang dikagumi dengan sifat tidak putus asanya. Selepas lama tidak aktif dalam dunia hiburan akibat skandal yang menjatuhkan, dia kembali stronger. Dahulunya seorang bintang hallyu dengan drama terkenalnya, “Princess Hours” kini menjadi antara pelakon Chungmuro yang dihormati. Selain itu, dia juga menjadi aktor kegemaran peminat dengan karismanya. Handsome Ahjussi — kekal menawan walaupun berusia.
Antara filem hebat yang dibintangi oleh Ju Ji Hoon ialah “Dark Figure of Crime”, “Along With The Gods”, “The Spy Gone North” dan “Asura : The City Of Madness”. Dia juga dikenali dari wataknya sebagai Dr. Baek dari drama “The Trauma Code : Heroes On Call” di Netflix.

7. Son Ye Jin dan Hyun Bin
Favorite couple! Son Ye-jin dan Hyun Bin merupakan dua bintang terkemuka yang memegang status ikonik dalam industri hiburan Korea Selatan, kedua-duanya terkenal dengan bakat lakonan yang luar biasa serta rupa yang menawan.
Son Ye-jin, aktor wanita yang digelar “Nation’s First Love” serta dihormati sebagai aktor Chungmuro menerusi filem-filem hebat seperti “A Moment to Remember”, “The Classic”, dan “The Pirates”. Hyun Bin pula terus memukau penonton menerusi filem-filem aksi dan drama blockbuster seperti “Confidential Assignment”, “The Swindlers”, dan “Harbin”.
Selepas bekerjasama dalam filem aksi “The Negotiation” (2018) dan fenomena global “Crash Landing on You” (2019),keserasian mereka di dalam dan luar skrin memikat hati peminat seluruh dunia. Pasangan sejoli ini berkahwin pada tahun 2022, mengukuhkan kedudukan mereka sebagai “Pasangan Emas” yang paling disayangi dalam arena perfileman dan televisyen Korea.

8. Kim Hye Soo
Ratu Chungmuro dan berkarisma, Kim Hye-soo merupakan antara figura paling disegani dan berpengaruh dalam arena perfileman Korea Selatan. Terkenal dengan pesona yang berani, kebolehan berlakon yang serba boleh, serta karisma skrin yang dominan, dia telah mempertahankan kedudukannya sebagai pelakon wanita teratas Chungmuro selama berbilang dekad.
Dia memukau penonton menerusi peranan ikonik dalam filem-filem popular seperti “Tazza: The High Rollers”, “The Thieves”, “Coin Locker Girl”, dan juga “Smugglers”. Penampilannya sering kali meraih pujian kritikal serta pelbagai anugerah berprestij, termasuk Anugerah Filem Blue Dragon yang mana dia pernah menjadi hos selama tiga dekad.
Dedikasi, bakat, dan keberanian Kim Hye-soo dalam memilih watak yang mencabar menjadikan beliau simbol keanggunan, kekuatan, dan keunggulan seni perfileman Korea.
9. Ma Dong Seok
Ma Dong Seok juga dikenali sebagai Don Lee di peringkat antarabangsa, namanya meledak di peringkat global menerusi filem fenomena “Train to Busan” (2016). Dia kemudian mengukuhkan kedudukannya sebagai raja ‘box office’ menerusi francais filem aksi kegemaran ramai “The Outlaws” (Siri The RoundUp) serta naskhah hebat seperti “Unstoppable” dan “The Gangster, The Cop, The Devil”. Kejayaannya turut membuka pintu ke Hollywood apabila beliau memegang watak Gilgamesh dalam filem Marvel Studios, “Eternals”.
Selain itu, dia juga terkenal dengan tubuh badannya yang sasa, gaya pertarungan yang mantap, serta perwatakan yang bersahaja dan berseri humor, beliau telah mencipta genre aksinya yang tersendiri di Chungmuro.
10. Ha Jung Woo
Another handsome ahjussi! Walaupun usia menuju 50an, tetapi dia kekal menawan di mata peminat. Sama seperti best friendnya, Ju Ji Hoon, mereka digelap “Hawaii Couple” kerana visual mereka yang seakan sama : Tall, Dark and Handsome. Dia juga merupakan pelakon Chungmuro nepo baby yang terkenal dalam kalangan peminat filem korea. Bakatnya diwarisi dari ayahnya yang juga merupakan pelakon veteran Korea Selatan, Kim Yong Gun.
Kini, dia bukan sahaja berlakon, malah dia turut menjadi pengarah filem yang terkenal dalam industri perfileman Korea Selatan dengan menghasilkan filem yang santai. Dia tidak sia-siakan bakatnya! Dia berhasrat untuk mencipta 100 buah filem sebelum melanjut usia tuanya.
Antara filemnya yang menjadi terkenal ialah : “Along With The Gods”, “The Chaser”, “Nameless Gangster: Rules of the Time”, “Ashfall”, dan banyak lagi.
Aktor Chungmuro Generasi Baharu
1. Park Jung Min
Dia dengan pendekatan lakonan metod yang mendalam, kebolehan menyampaikan emosi secara subtle, serta versatiliti luar biasa, dia kerap digelar sebagai “bunglon” industri Chungmuro.
Dia mula mendapat perhatian meluas menerusi filem “Dongju: The Portrait of a Poet” yang membolehkannya meraih Anugerah Pelakon Baharu Terbaik di Baeksang Arts dan Blue Dragon Film Awards. Park Jung-min terus memukau penonton menerusi peranan ikonik dalam “Keys to the Heart”, “Deliver Us from Evil”, “Smugglers”, serta naskhah arahan Park Chan-wook, “Uprising”.
Selain daripada bakat berlakon yang hebat, dia juga seorang penulis buku dan pengarah, menjadikannya figura seni yang serba boleh serta penerus legasi keunggulan filem Korea.

2. Choi Woo Shik
Siapa tak kenal, bestie Park Seo Joon dan V dari BTS ini. Choi Woo-shik merupakan antara pelakon generasi baharu yang paling menonjol di Chungmuro, terkenal dengan gaya lakonan yang semula jadi, bersahaja, serta kebolehan membawakan watak yang penuh emosi dan realistik.
Namanya meledak di peringkat antarabangsa menerusi filem thriller fenomena “Train to Busan” (2016), “The Witch – Part 1” (2018), dan filem pemenang Anugerah Oscar karya Bong Joon-ho, “Parasite” (2019). Bakatnya yang serba boleh dalam mengimbangi watak komedi, dramatik, dan thriller mengukuhkan kedudukannya sebagai pelakon muda yang amat bernilai dalam industri perfileman Korea Selatan.
3. Koo Kyo Hwan
Selain berlakon, Koo Kyo Hwan juga pengarah bebas yang paling kreatif dan menonjol dalam industri perfileman Korea Selatan. Dia terkenal dengan gaya lakonan yang eksentrik, penyampaian nada suara yang unik, serta kebolehan menghidupkan watak-watak yang kompleks dengan tenaga yang luar biasa.
Dia mula mendapat perhatian kritikal menerusi filem indie “Jane” (2017) sebelum meledak di pentas arus perdana menerusi filem “Peninsula” (2020), “Escape from Mogadishu” (2021), “Kill Boksoon” (2023), dan “Escape” (2024). Peranannya dalam siri “D.P.” turut mengukuhkan popularitinya. Versatiliti dan pesona artistik Koo Kyo-hwan menjadikannya antara figura generasi baharu Chungmuro yang paling segar dan dinantikan peminat.

Artikel Berkaitan : Chris Brown Terlepas Hukuman Penjara Susulan Kes Serangan Di London
