Antonio menambah, dia ingin kembali dalam filem terbaharu untuk menyerahkan topeng kepada Tom, sama seperti yang dilakukan Anthony Hopkins kepadanya dalam The Mask Of Zorro.
Filem yang diterbitkan pada tahun 1998 itu menyaksikan Don Diego de la Vega (Anthony) menyerahkan ‘obornya’ kepada Alejandro Murrieta (Antonio).
“Saya akan mempertimbangkan kemungkinan itu, mengapa tidak?” jelasnya apabila ditanya adakah dia akan membintangi filem terbaharu Zorro jika ditawarkan peluang.
“Itu yang saya katakan kepada seseorang baru-baru ini. Saya beritahu, ‘Jika mereka panggil saya berlakon, saya akan buat sama seperti apa yang Anthony Hopkins lakukan kepada saya, menyerahkan ‘obor’ kepada Zorro seterusnya.’”