Ini bukanlah kali pertama aktor berusia 62 tahun itu membincangkan kemungkinan untuk kembali membintangi filem Zorro.
Jelasnya kepada ComicBook, dia pernah berbincang dengan Quentin Tarantino mengenai peluang kerjasama antara Zorro dan Django, watak lakonan Jamie Foxx dalam Django Unchained Tarantino.
“Dia datang berjumpa saya lalu membentangkan idea, dan saya terus bersetuju jika ia di bawah arahannya. Quentin berbakat besar mengarahkan filem sedemikian dan menambah kualiti kepadanya. Walaupun jika ia berdasarkan filem bajet rendah tahun 60-an dan 70-an, dia boleh mengekstrak bahan sedia ada dan menjadikannya lebih menarik.
“Kami tidak pernah bekerjasama tetapi ia akan menjadi hebat kerana adanya Quentin dan Jamie Foxx, dan kerana saya dapat menghidupkan semula watak Zorro yang lebih berusia. Ia pastinya akan menjadi luar biasa, lucu dan gila,” ujarnya.

Baca: “Saya Tidak Sabar Mahu Bergelar Bapa” – Tom Holland Rancang Bina Keluarga